Pages

Friday, 13 January 2017

JIM THOMPSON HOUSE | #EXPLOREBANGKOK



Sementara menunggu train untuk bergerak balik ke MALAYSIA, ktorg sempat berjalan-jalan di sekitar kota BANGKOK dan singgah di JIM THOMPSON HOUSE yang menjadi tarikan pelancong asing kerana misteri kehilanganya di MALAYSIA. JIM THOMPSON HOUSE ini terletak tidak jauh dari SIAM DISCOVERY


perkarangan kawasan JIM THOMPSON HOUSE




Pada awalnya, rumah ini hanyalah sebuah rumah yang biasa, tetapi menjadi terkenal semenjak kehilangan JIM THOMPSON di CAMERON HIGHLAND pada tahun 1967 dan sehingga kini kehilangannya masih menjadi misteri. Oleh kerana JIM THOMPSON tidak mempunyai anak dan isteri, rumah ini diambil alih dan dikelolakan oleh pemerintah THAILAND


Jika korg nak masuk ke dalam JIM THOMPSON HOUSE ini korg boleh beli tiket di kaunter ini dengan harga 100 BAHT, tiada yang percuma okeh. Pengunjung juga akan disediakan seorang guide yang boleh berbahasa inggeris, jepun atau perancis sahaja. Sewaktu membeli tiket, korang hanya perlu pilih guide dan bayaran untuk guide ini pula sudah termasuk dalam bayaran tiket. Ini kerana, semua pengunjung tidak dibenarkan untuk bergerak sendirian tanpa guide



Kalau malas nak bayar dan masuk ke kawasan rumah pula, korg boleh jalan di sekitar perkarangan dan masuk ke muzium yang terletak bertentangan dengan kaunter tiket, muzium ini terletak di tingkat atas



MUZIM JIM THOMPSON 


Di dalam muzium ini, korg dapat tengok tayangan dan uniform tentera JIM THOMPSOn sewaktu berkhidmat sebagai salah sorang tentera sebelum memutuskan untuk menetap dan menjalankan perniagaan di THAILAND







No comments:

Post a Comment