Pages

Friday, 13 January 2017

#EXPLOREBANGKOK | THAILAND | MEAKLONG RAILWAY MARKET

MAEKLONG RAILWAY MARKET ini terletak tidak jauh dari kawasan DAMNEON SADUAK dan jarak antara kedua market ini lebih kurang dalam 20 KM sahaja

Selesai berjalan di sekitar  DAMNEON SADUAK, ktorg gerak ke DAMNEON SADUAK dengan menaiki SONG THEW. Ktorg tunggu SONG THEW ni dekat depan DAMNEON SADUAK MARKET ini saje betul-betul dekat tepi jalan utama. Korg just bgtau untuk ke MAEKLONG, then SONG THEW akan hantar korg ke station dengan harga 10 BAHT seorang sahaja, kemudian korg kena tukar SONG THEW lain di stasion untuk ke MAEKLONG dengan harga 20 BAHT seorang. Perjalanan dari station ke MAEKLONG mengambil masa lebih kurang 25 minit 


Sebaik tiba di MAEKLONG, SONG THEW akan drop korg berdekatan dengan pasar. Korg hanya perlu berjalan melalui landasan kereta api dan masuk ke kawasan pasar


Jangan lupa untuk check train schedule terlebih dahulu supaya korg tak perlu menunggu terlalu lama untuk melihat suasana ketika kereta api melalui kawasan market ini. Kereta api yang terakhir malalui market ini pada pukul 230 dan meninggalkan MAEKLONG pada pukul 330 petang


Station Mini van untuk pulang ke BANGKOK pula terletak tidak jauh dari MAEKLONG, korg hanya perlu keluar dari kawasan market melalui landasan kereta api yang berdekatan dengan simpang tiga dan di situ terdapat sebuah cafe 'THE SEEN CAFE'. Korg hanya perlu melintas ke seberang dan berjalan hingga ke hujung lorong. Station Mini Van ini terletak di hujung sebelah kanan di kawasan selekoh

Harga mini van dari MAEKLONG ke BANGKOK ialah 20 BAHT, ktorg hanya bayar dan terus masuk ke dalam mini van. Diorg takda bagi sebarang tiket. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 2 jam tetapi mini van turunkan ktorg di SOUTHERN BAS STATION, kemudian ktorg di minta untuk naik free shuttle bas yang akan membawa ktorg masuk ke bandar BANGKOK. Kalau korg balik petang, siap sedia untuk menghadap jem 

No comments:

Post a Comment