Pages

Friday, 13 January 2017

LOPBURI | LADANG MATAHARI | #EXPLOREBANGKOK



Jika korg ke BANGKOK, jangan lupa ke LOPBURI dan menikmati keindahan bunga matahari yang sedang kembang mekar. Pesta bunga matahari ini bermula dari bulan November - Februari pada setiap tahun, dan masa terbaik untuk korg ke sini ialah pada bulan November dan December kerana waktu ini bunga matahari belum habis dituai 

Ktorg bergerak ke LOPBURI SUNFLOWERS FIELD dengan menaiki train dari station HUA LAMPHONG STATION ke LOPBURI STATION. Tiket ke LOPBURI boleh dibeli secara walk in sebelum menaiki train dan harga 50 BAHT (third class / standing) di kaunter tiket tempatan. Ktorg dapat standing tiket tapi bila dah masuk dalam gerabak ktorg terus duduk. If korg dari HUA LAMPHONG STATION, biasanya banyak je seat kosong kalau korg naik awal



Actually, konsep standing ticket ni siapa cepat dia dapat duduk dulu. Kalau ada yang claim diorg punya seat baru korg pindah cari seat lain lagi



Perjalanan ke LOPBURI ini mengambil masa lebih kurang 3 jam, sepanjang perjalanan korg akan melalui kawasan sawah padi dan juga perkampungan penduduk tempatan di sepanjang landasan kereta api



LOPBURI STATION

Sebaik keluar dari station LOPBURI ini terdapat banyak truck yang sedia menawarkan perkhidmatan untuk membawa pelancong ke ladang sunflower. Ktorg bertujuh sewa sebuah truck dengan harga 100 BAHT per person. Itu pun mulanya dia nak charge 150 BAHT tapi sebab ktorg ramai dia bagi 100 BAHT. So, sebelum setuju dengan diorg punya harga, korg boleh try nego dulu mintak murah sikit, dan harga truck ini juga berbeza mengikut jenis dan keselesaan 


Truck dekat sini banyak jenis, mintak diorg tunjukkan dulu truck sebelum setuju dengan harga, takda la terkejut sangat nanti



Ini ktorg punya truck untuk ke sunflowers field, kalau dekat MALAYSIA takda dapat merasa duduk belakang HILUX macam ni. Bila dekat sini, semua merasa duduk dekat belakang tu dengan cuasa panas terik boleh tahan kemain, tapi duduk ramai-ramai macam ni seronok jugak. Perjalanan dari LOPBURI STATION ke SUNFLOWERS FIELD ini mengambil masa lebih kurang sejam


Sunflowers Field


Harga masuk ke ladang ini pula ialah 10 BAHT per person. Actually tempat ni ladang orang tempatan, sebab tu bila nak masuk le ladang ni diorg kenakan fee entrance untuk extra income diorg sebab kekadang bila dah ramai sangat masuk dan ada pokok yang patah dan mati kena pijak




Kalau nak tengok bunga sunflower yang cantik, korg kena gerak awal pagi sebab waktu pepagi bunga-bunga matahari ni semua 'angkat muka', bunga kan bertindak balas dengan cahaya matahari


Selain terkenal dengan ladang-ladang bunga matahari, LOPBURI juga merupakan kawasan penghasilan kuaci. Kalau korg tanya macam mana bunga matahari boleh jadi kuaci, biji-biji yang berwarna hitam di dalam kelopak bunga matahari inilah diproses menjadi kuaci dan minyak bunga matahari. Jadi sebelum dituai, bung-bunga yang mekar cantik ini menjadi tarikan kepada tourist untuk ke LOPBURI




Lastly, kalau dah ke LOPBURI, jangan lupa untuk beli kuaci dekat ladang. Harga kuaci dekat sini memang jauh lebih murah. Harga bagi 3 pack kuaci ialah 100 BAHT, dalam RM10 lebih tapi korg dapat kuaci yang fresh dan lagi sedap okeh


Selesai bergambar, ktorg bergerak balik le LOPBURI STATION dengan menaiki truck tadi. Pemandu truck ini hanya menunggu ktorg di luar ladang. Kalau korg rasa nak spend time lama sikit, just enjoy yourself. Ktorg hanya stay dalam sejam dekat ladang bunga matahari ini, kemudian terus bergerak pulang ke LOPBURI STATION


Sementara menunggu train untuk balik ke BANGKOK pada pukul 2 petang, ktorg berjalan-jalan di sekitar pekan LOPBURI yang juga terkenal dengan pekan monyet. Banyak monyet-monyet liar berkeliaran di sekitar kawasan pekan ini terutamanya di WAT-WAT. Selain di AYUTTHAYA, terdapat beberapa peninggalan WAT yang masih berdiri kukuh di sekitar LOPBURI ini





No comments:

Post a Comment