Pages

Sunday, 13 November 2016

JALAN-JALAN VIETNAM | HANOI - OLD QUARTER | #KLBEIJINGOVERLAND

HANOI, VIETNAM merupakan negara ketiga yang dijejaki sepanjang trip #KLBEIJINGOVERLAND ini. HANOI merupakan ibu negara VIETNAM dan juga bandar kedua terbesar selepas HO CHI MINH


Morning view from our hotel

Ktorg sampai di HANOI lebih kurang pukul 7 malam melalui jalan darat dengan menaiki bas (LAOS - VIETNAM by BUS). Semalam di HANOI, ktorg pilih untuk stay di kawasan OLD QUARTER atau juga dikenali sebagai lorong 36 kerana terdapat 36 lorong di kawasan ini. Manakala, setiap lorong pula dinamakan mengikut barang-barang yang dijual dalam bahasa VIETNAM

Kebanyakkan backpackers memilih kawasan ini kerana di sini terdapat pelbagai pilihan penginapan sama ada korg nak jenis dorminatories atau pun hotel-hotel bertaraf lima bintang 

OLD QUATER

Keesokkannya, sementara menunggu train ke NANNING pada pukul 8 malam, ktorg menghabiskan masa dengan berjalan di sekitar lorong-lorong yang terdapat di OLD QUARTER ini


Sewaktu ktorg di HANOI, cuaca agak sejuk kerana pada bulan DEC hingga FEB, suhu di sini boleh mencecah antara 10 hingga 20 darjah celcius. Kedudukan HANOI di utara VIETNAM  atau lebih hampir dengan CHINA menyebabkan suhu di sini jauh berbeza dengan wilayah VIETNAM yang. Jadi, jika korg ke HANOI pada akhir tahun, jangan lupa untuk pakaian yang sesuai 





Kaum wanita di HANOI sangat rajin berniaga, hasil jualan dibawa dengan menggunakan basikal di lorong-lorong OLD QUARTER ini


Selain itu, ada juga yang menggunakan kandar untuk membawa barang-barang mereka. Beware sikit kalau ada yang minta korg pegang kandar then diorg suruh bergambar, sebab ada yang minta korg bayar lepas bergambar 



Selain itu, di setiap lorong juga terdapat pelbagai daerah ini juga menawarkan pelbagai pilihan makanan tetapi jika korg mencari halal food, pilihannya agak terhad kerana rata-rata masyarat VIETNAM di sini beragama Buddha, tapi pilihan untuk HALAL FOOD in HANOI tetap ada 





Antara keunikkan yang terdapat di kota HANOI ini ialah kedia-kedai makan di sepanjang lorong ini menggunakan meja dan kerusi kecil yang di susun di tepi-tepi lorong sahaja untuk pelanggan menjamu selera




 Sepanjang bulan DEC, lorong-lorong di sini begitu meriah dengan jualan pelbagai hiasan untuk christmast tree


Barber shop di OLD QUARTER



Jangan terkejut kalau korg tengok jalan-jalan di HANOI ini sentiasa dipenuhi dengan motorsikal dalam bilangan yang banyak., kira-kira 5 juta motorsikal terdapat di HANOI ni 




LONG BIEN RAILWAY STATION



Checked!

No comments:

Post a Comment