Pages

Thursday, 20 October 2016

SOUTHERN BUS STATION | LAOS | #KLBEIJINGOVERLAND

Alhamdulillah, ktorg selamat sampai ke SOUTHERN BUS STATION, VIENTIANCE, LOAS



Actually terdapat tiga bus station di VIENTIANCE ni :

a) VIENTIANE BUS STATION  - Perkhidmatan bus di sekitar bandar dan terletak bertentangan dengan MORNING MARKET
b) NOTHERN BUS STATION   - Perkhidmatan di antara bandar dan bahagian utara
c) SOUTHERN BUS STATION - Perkhidmatan di antara bandar dan bahagian selatan serta sempadan LOAS-VIETNAM


Sebaik tiba di SOUTHERN BUS STATION ini, ktorg terus ke KAUNTER 8 untuk membeli tiket bas VIENTIANCE - HANOI, tiket bas berharga 25 USD (sleeper bus). Bas ke HANOI ini bertolak pada pukul 630 petang. Kebanyakkan bas yang menuju ke HANOI ni bertolak pada waktu petang supaya bas dan penumpang dapat cross sempadan LOAS-VIETNAM pada awal pagi keesokan harinya



Selepas jalan-jalan di MORNING MARKET, ktorg duduk melepak dekat sini je sampai petang sementara menunggu bas ke HANOI



Kalau nak cari toilet tu jalan je lurus sampai hujung kaunter, depan toilet tu ada kaunter. Harga per entry lupa pulak berapa KIP tapi mahal macam cecah RM1 sekali masuk. Ktorg mandi semua dekat shower sini je even tak bersih sangat. Then, ktorg  tumpang solat dekat kaunter 8 tadi sebab dekat sini memang takda surau


Selain itu, terdapat beberapa gerai non-halal dan sebuah kedai runcit di sini. So, korg better prepare food sendiri sebab memang susah kalau nak cari halal food even dekat MORNING MARKET pun takda sebab mostly diorg sini memang non-muslim





No comments:

Post a Comment