Pages

Friday, 19 August 2016

HATYAI - BANGKOK by TRAIN | #KLBEIJINGOVERLAND


Ktorg bergerak dari HATYAI ke BANGKOK dengan menggunakan jalan darat. Ktorg menaiki
train dari HATYAI STATION menuju ke HUA LAMPHONG RAILWAY STATION (BANGKOK)

Since ktorg malas nak stay lama dekat HATYAI, ktorg decide untuk ambik je RAPID TRAIN yang bertolak pada pukul 3.25 PM which is ETA in BANGKOK lebih kurang pukul 9.30 AM the next day.. Harga ticket bagi RAPID TRAIN HATYAI BANGKOK ini ialah 1670 Baht



or 



Kalau korang plan nak jalan-jalan tengok mermaid dekat SONGKLA dulu atau singgah HATYAI Floating Market. then korang boleh ambik EXPRESS TRAIN yang bertolak pada pukul 6.45 PM which is ETA in BANGKOK lebih kurang pukul 10 AM the next day jugak


Actually the words RAPID and EXPRESS tu bagi banyak perbezaan macam LRT dengan KLIA Ekspress.. Kalau korg tanya mana suggested baik korg ambik EXPRESS TRAIN  which I wont repeat the RAPID TRAIN againnn! Ktorg serik delayed almost 5 hours sampaikan EXPRESS TRAIN tu dah gerak ktorg masih tunggu RAPID TRAIN tu lag


Takpa, sabar kan

Sementara menunggu RAPID TRAIN dari SG KOLOK tiba di HATYAI STATION ni, ktorg sempat mandi dan solat dulu di sini. Station ini juga dilengkapi dengan kemudahan tandas dan bilik mandi dengan harga 3 bath per entry

Selain itu, station ini juga menyediakan kemudahan locker room dengan harga 100 Bath dan ke atas mengikut timbangan berat. Jika korg hanya sekadar transit dan ingin berjalan di sekitar pekan HATYAI, korg boleh simpan barang korg di sini untuk sementara


Alhamdulillah,



Finally, train ktorg sampai jugak dalam pukul 7 lebih..



Rapid train ni hanya berhenti di HATYAI STATION untuk ambil passenger saje, then terus gerak ke BANGKOK.. Setiap kali train berhenti, penjaja-penjaja akan masuk ke dalam train untuk menjual makanan. Ktorg tadi tapau nasi kosong je dekat pekan HATYAI, then makan dengan sambal tempe ikan bilis.. Bila dah time travel cmni, nikmat makan tak payah nak cakap la kan semua sedap. 


Since dah pukul 7 lebih, masuk je dalam train ktorg terus mintak pegawai yang bertugas untuk tukarkan seat kepada bed. 



Setiap bed sudah disediakan dengan bed sheet, pillow case dan jugak comforter. Suka dimaklumkan bahawa pada waktu malam train ni sangat lah sejuk ye,  jangan lupa prepare baju tebal / sweater


Setiap bed dan 'ruang bilik tidur' juga dilengkapi dengan curtain.. So, takda la orang yang lalu tu nampak kita tidur.. Setiap gerabak juga disediakan toilet dan shower untuk kemudahan korg just dalam train ni takda surau. Jadi ktorg solat duduk je dekat tilam tuh, ada la rasa gegaran sikit tapi okeh je. Siap je semua masing-masing terus tidur kepenatan menunggu train sepanjang hari





dan





Perjalanan dari HATYAI ke BANGKOK ini mengambil masa lebih kurang 15 jam




#MHTRAVELTIPS


Bagi yang ingin travel secara lebih jimat, korg boleh memilih untuk mengambil train atau bus pada waktu malam untuk mengurangkan kos penginapan. Selain itu, korg jugak dapat menjimatkan lebih banyak masa 




Alhamdulillahhh


Finally, ktorg sampai ke HUA LAMPHONG RAILWAY STATION pada pukul 12 tengah hari

and let explore BANGKOK CITY






No comments:

Post a Comment