Pages

Wednesday, 18 September 2013

AMALAN SUNNAH SELEPAS AKAD NIKAH




AMALAN Sunnah Nabi S.A.W yang jarang dipraktikkan oleh pasangan yang baru berkahwin pada hari ini ialah di mana Suami MELETAKKAN tangan di ubun kepala isteri sambil membaca doa:

“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’  (Riwayat Abu Daud).







No comments:

Post a Comment