Pages

Saturday, 24 February 2018

#EXPLOREJOGJA | JOGJAKARTA | ALUN-ALUN KIDUL

Kalau korg  di JOGJAKARTA pada hujung minggu, jangan lupa untuk ke ALUN-ALUN KIDUL di KRATON iaitu tidak jauh dari TAMAN SARI. Pada malam hari, ALUN-ALUN KIDUL ini sangat meriah dengan odong-odong atau kereta berlampu musikal



Sewa kereta dekat sini pulak bergantung pada jenis dan size kereta, anggaran sewa sekitar 15000 - 30000 RUPIAH untuk 2 kali pusingan kalau tak silap. kawasan ALUN-ALUN KIDUL ni dekat bulatan, jadi korg akan pusing bulatan dengan perlahan-lahan sebab banyak kereta okeh




Jadi, ktorg pun tak melepaskan peluang untuk cuba jugak sebab tak pernah dan macam seronok kannn, haruslah cuba. Tapi, ktorg sewa kereta kecik dan kalau korg rajin korg survey dan nego sewa sebab harga macam berbeza sikit untuk kereta yang sama size



Nak pilih kereta pun dilema, semua cantik sangat!

Kalau korg dah pernah cuba naik kereta  ni, korg boleh jugak ke sini untuk minum sambil melihat gelagat manusia, gerai-gerai minuman di dalam bulatan ini 



Thursday, 4 January 2018

#EXPLORETRANSJAVA | JOGJAKARTA | KEBUN BUAH MANGUNAN, BANTUL


Pagi ini ktorg ke KEBUN BUAH MANGUNAN yang terletak di daerah BANTUL iaitu kira-kira 35KM dari pusat bandar YOGYAKARTA. Perjalanan ke sini agak jauh sikit kira-kira sejam lebih melalui jalan-jalan kampung dengan menaiki motorsikal. Ktorg hanya menggunakan WAZE, dan alhamdulilah sampai dengan selamat tanpa sesat


KEBUN BUAH MANGUNAN ini juga dikenali sebagai negeri di atas awan kerana pada awal pagi korg boleh nampak gunung-gunung dan pokok-pokok kehijauan yang diselimuti oleh hamparan  awan putih dan cahaya matahari terbit yang berwarna keemasan gu



Ktorg sempat jugak la tengok hamparan awan dekat KEBUN BUAH MANGUNAN ni, suhu dekat sini pun sejuk bila awal pagi. Kalau korg nak tengok sunset pulak, korg boleh ke sini waktu petang tapi ktorg prefer awal pagi sebab kalau dah petang sangat jalan dekat sini gelap macam seram pulak nak keluar dari  daerah BANTUL ni 



Selain itu, korg jugak boleh nampak PANTAI PRANGTRITIS di bahagian selatan dari sini. Tapi ktorg macam takda nampak pape pun mungkin sebab cuaca masih berkabus



Saturday, 18 November 2017

#EXPLORETRANSJAVA | JOGJAKARTA | HUTAN PINUS IMOGIRI, BANTUL


Next, ktorg ke HUTAN PINUS IMOGORI pulak untuk melihat deretan pohon-pohon pinus yang menjulang tegak dengan indahnya. Ktorg memang gerak ke semua tempat dengan motor. Jadi, hari ni ktorg memang plan untuk habiskan semua tempat di daerah BANTUL then balik ke kota JOGJAKARTA


So, parking rate dekat HUTAN PINUS IMMOGIRI bagi motorsikal ialah 5000 RUPIAH. Kalau korg guna motor, korg tak perlu risau untuk tinggal motor sebab di setiap tempat memang disediakan parking. INDONESIA antara negara yang sangat ramai penunggang motorsikal, jadi di mana-mana korg akan tengok penduduknya menunggang motorsikal



Dah, jom kita masuk 




Ktorg sampai dekat sini awal, jadi tak penuh sangat dan senang nak bergambar





So, lepas ni kitorg nak gerak pergi PANTAI PRANGTRITIS pulak

Tuesday, 3 October 2017

#EXPLORETRANSJAVA | JOGJAKARTA | PANTAI PRANGTRITIS, BANTUL



Next kita ke PANTAI PRANGTRITIS pula

Apa yang menarik perhatian ktorg di PANTAI PRANGTRITIS, BANTUL ini ialah pantainya yang berwarna hitam. Kalau pergi memana pantai selalunya pasir mesti berwarna kuning atau putih kan? Tapi pasir dekat PANTAI PRANGTRITIS ini berwarna hitam okeh, lagi hitam dari apa yang korg nampak dalam gambar ni okeh. Haha, serious I tak tipu 



Ktorg sampai dekat sini dalam pukul 11 pagi, cuaca memang cantik sebab panas terik. So, tak ramai pengunjung sangat waktu ni. Di sepanjang pantai ni pulak, diorg susun payung dan tikar untuk pengunjung-pengunjung. Tapi, korg kena bayar sewa untuk setiap satu ye.

Kalau korg jenis yang suka beraktiviti pulak, korg boleh try ATV RIDE. 



Ktorg sewa je ATV untuk jalan-jalan dekat sepanjang pantai ni sebab panas gila kalau nak berjalan hujung ke hujung, serious tak sanggup. Kalau korg berminat nak sewa ATV dekat sini, harga sewa dalam 50k - 100k rupiah kalau tak silap. Korg boleh pilih sama ada nak sewa ATV manual atau pun ATV auto. I macam biasalah, sewa yang auto je malas nak fikir banyak kan

Tapi actually, motor diorg ni macam lain sikit dengan yang standard di MALAYSIA. Tapi, I belum sempat nak pergi main dekat KEMENSAH tu, haziq pernah la layan ATV dekat sana dan ATV yang ktorg main ni macam beza sikit lah. Tapi tak kisah lah janji ATV jugak kan



Okeh, seronok jugak main kejar-kejar sampai rentung


Dah, jom gerak sebab lepas ni ktorg nak singgah dekat GUMUK PASIR pulak sebab nak main main buaian dekat sana

#EXPLORETRANSJAVA | JOGJAKARTA | GUMUK PASIR, BANTUL

GUMUK PASIR terletak tidak jauh dari PANTAI PRANGTRITIS. Kalau korg menghala ke pantai, korg boleh nampak bukit-bukit pasir yang luas terbentang di tepi jalan raya. Ktorg plan untuk singgah di sini sebab nak try sandboarding, nak pergi Ausie main dekat sana belum berkesempatan lagi kan. Jadi kita try je dekat JOGJAKARTA ni je


Malangnya, waktu ktorg ke sini lebih kurang pukul 12 tengah hari dan cuaca sangat panas okeh. Ktorg sampai sini timing macam tak berapa nak kena, kawasan ni pun macam lengang je. Jadi ktorg tak masuk sebab dua-dua tak sanggup nak berjemur panas. Jadi kita ambik gambar buaian yang famous tu dari jauh je lah ye





Bye GUMUK PASIR, next time lah

Tuesday, 19 September 2017

#EXPLORETRANSJAVA | JOGJAKARTA | MASJID KOTAGEDE, BANTUL


Semasa dalam perjalanan pulang ke kota JOGJAKARTA, ktorg singgah di KOTEGEDE untuk solat jumaat. Eh, haziq je la solat jumaat, i solat zohor. MASJID KOTAGEDE ini merupakan masjid tertua di JOGJAKARTA


Sementara menunggu diorg solat jumaat, I duduk di kawasan perkarangan masjid sambil memerhati telatah sekumpulan pengunjung dari INDONESIA. Tapi mungkin diorg ni dari bahagian INDONESIA yang lain kot. 

So, I nak share beberapa fakta tentang MASJID KOTAGEDE
  • Selain melawat masjid, korg boleh tengok seni bina masjid ini yang tersendiri
  • Masjid ini mempunya public wifi
  • Jemaah wanita solat secara terbuka
  • Toilet yang bersih 


Nah, sedikit info sejarah MASJID KOTAGEDE



Honestly, penat jugak naik motor even I just duduk je dekat belakang and tolong jerit like turn leftt, turn rightt. Kalau korg pun ke BANTUL dengan motor boleh la singgah ke MASJID KOTAGEDE ni as korg punya pit stop sebelum sambung perjalanan balik ke JOGJAKARTA okeh

Ktorg tak sabar nak sampai ke JOGJAKARTA ni, nak singgah makan dekat RESTAURANT SS lagi makan ayam penyet yang super sedap tuuu

#EXPLORETRANSJAVA | TEMPAT MAKAN BEST DI JOGJAKARTA | WARONG SS

Sejak dekat JOGJAKARTA ni, kalau boleh setiap hari nak lunch dekat WARONG SS ni sebab makanan dia semua sedapppp. Bila ktorg sampai je JOGJAKARTA dari BANTUL,  ktorg terus ke WARONG SS lagi, siap sanggup tak singgah makan dekat memana sebab nak lunch lagi sini sebelum balik ke MALAYSIA









Masakan dekat sini lebih kepada masakan jawa lah. Kalau korg suka makan ayam penyet, sambal dia memang banyak pilihan gila dan sedapppp, korg just pilih je nak sambal apa dekat menu tu, kalau tak tahu tanya ye









Kalau korg ke sini waktu tengah hari, memang penuh gila dengan student uni sebab WARONG SS yang ktorg pergi ni terletak betul-betul depan UNIVERSITI GAJAHMADA. Kalau korg nak ke sini korg boleh WAZE je UNIVERSITY GAJAHMADA, tak jauh dengan pintu masuk ke uni korg boleh nampak WARUNGG SS ni, depan warung confirm penuh dengan motorsikal student uni, kalau time tengah hari tu kena beratur la jugak tunggu turn tapi takda la lama sangat sebab table diorg pun banyak




Thursday, 14 September 2017

#EXPLORETRANSJAVA | JOGJAKARTA - BANDUNG by TRAIN



Malam ini ktorg akan bertolak ke BANDUNG dengan menaiki kereta api dari STASIUN JOGJAKARTA yang terletak berhampiran JALAN MALIOBORO. Ktorg bergerak ke sini naik motor sebab, backpacks semua ktorg terus angkut sekali jalan sebab terus pulangkan motor


Sebelum masuk, pastikan korg check-in dulu dekat kiosk

Kalau korg nak beli tiket train, korg jugak boleh beli dekat mana-mana 7 ELEVEN yang terpilih. Kalau travel akhir tahun pulak, pastikan tiket dibeli lebih awal sebab sekolah dekat sini cuti panjang bila christmas. Ktorg pun terpaksa gerak lebih awal sebab semua tiket sold out, kalau ikutkan plan asal ktorg stay lagi lama dekat JOGJAKARTA dan hanya transit sehari di BANDUNG dan JAKARTA


Apa yang korg perlu tahu, KERETA API INDONESIA takda jenis sleeper train okeh!


Jadi, bertabahlah untuk duduk selama berjam-jam sehingga korg sampai ke destinasi. Ktorg memang tidur je sampai pagi sebab seharian ke sana sini memang tak sempat nak rehat. Kalau nak solat subuh, korg kena solat duduk sebab takda surau ye dalam kereta api. Tapi kalau nak breakfast boleh beli makanan dekat cafe



Ktorg beli nasi goreng untuk breakfast, ini je menu yang ada sebab lain semua dah habis. Korg pilih menu nanti diorg panaskan je dalam microwave dan siappp


Now, jom kita tengok view sepanjang perjalanan pulak okeh





see you in BANDUNGG